Monday, 28 January 2013

Masalah itu.. Masalah ini..

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Ramai orang hebat berkata, petah bicara, lantang bersuara.. Tapi apabila diuji dengan masalah yang mungkin hanya sekecil cuma, dah mula nak melenting serta menyalahkan takdir. Jadi, di manakah iman dan kepercayaan kita tentang Rukun Iman yang selalu dilaung-laung tue? Jom muhasabah diri..

Yes, memang hidup tak dapat nak lari daripada masalah. Tapi kadang-kadang kita kena refleks diri kita. Masalah tue benar-benar bermasalah atau kita sendiri yang sebenarnya bermasalah ? Macam keling pulak kan ayat nie. Tak kisah la, janji maksud tue ada. Walaupunnn.. Hehe.

Bukan nak membebel apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat kat blog yang daif nie. Cuma sedang bermuhasabah diri. Bila ada masalah, kita selalu salahkan orang lain. Cuba tanya diri sendiri yang dah confirm tak sempurna tue. Kadang kita pun ada buat salah jadi tak perlu lah kita nak menuding jari kat orang lain. Macam orang kata lah, kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Alahai, berperibahasa pulak malam-malam nie ! Ahaks...



Kepada mereka-mereka yang mungkin sedang menghadapi masalah tue, jom la kita muhasabah diri kita balik. Aku bukan cakap nak menunjuk diri aku hebat. Tapi apabila aku menjangkau 20an aku baru rasa tentang manisnya masalah itu. Bila aku dah masuk 20an baru aku rasa kehidupan aku benar-benar teruji. Kadang-kadang cuba untuk hindar daripada masalah tapi tak dapat jugak nak lari daripada masalah. Mungkin dulu aku dah terlalu bahagia tanpa diulit sebarang masalah. Tapi bila aku meningkat dewasa aku akui kehidupan aku sangat teruji. Teruji dengan persahabatan, teruji dengan persekitaran serta teruji dengan orang-orang di sekeliling aku. Dan yes, aku pernah rasa menyesal dengan kehidupan aku. Menyesal jejakkan kaki ke sini.

Tapi apabila aku muhasabah balik diri, aku sedar Allah uji aku untuk aku jadi kuat. Dan sampai sekarang aku dah sedar, walau ramai yang mengutuk, masih ramai yang menyokong. Walau ramai yang bermuka dan berpura-pura masih ramai yang sudi  terima kekurangan aku. Dan inilah dinamakan Kehidupan ! :)

Tak perlu nak rasa menyesal dengan apa yang kita lalui. Kadang-kadang memang pahit. Kadang-kadang memang sedih bila orang tuduh kita macam-macam. Bila orang hanya membuat andaian, tanggapan daripada apa yang dilihat. Sedangkan kadang-kadang apa yang dilihat tue tak semestinya betul dengan apa yang telah terjadi... 

Apa pun, Alhamdulillah, Thank You Allah atas setiap ujian yang diberi. Tanpa ujian ini, aku takkan jadi kuat. Aku takkan hargai setiap apa yang terjadi. Aku takkan belajar untuk terus tertawa daripada kisah semalam. Aku takkan berhenti menangis tanpa pengalaman lalu. Alhamdulillah. Thanks pada kawan-kawan yang masih sudi susah dan senang bersama. 
You all are everything for me ! Hopes our Friendship last forever. Insya Allah... :))

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

3 comments:

AIzatRAhim Photography said...

bersabarlah...:) semoga semua ini ada hikmahnya

Husna Syauqina said...

done followed back ;)

nice entryy. nnt tukar2 entry ye ;)

puteraduyong said...

ujian jadikan kita lebih kuat... menuju kematangan dalam hidup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...