Friday 1 March 2013

Antara Dua Pilihan

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Just sharing :)

Dalam hidup ini kita sentiasa memiliki dua pilihan.
Hidup atau Mati.
Jauh atau Dekat.
Lapang atau Sempit.

Sama juga seperti 
Memilih atau Dipilih... 
Jika Memilih, maka pilihlah pilihan yang terbaik dan paling baik buat kamu.
Dan jika Dipilih, jadilah yang terbaik buat yang Memilih... :D

Moga-moga tidak tersilap langkah di dalam Memilih.
............................ 
<3


● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Sunday 24 February 2013

Secret Song for You :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Tak sampai seminggu lagi dah nak hampir ke bulan 3. Perasaan malas nie semakin membuak-buak sekarang nie. Padahal punya la banyak kerja yang dah nak kena submit awal bulan 3. Tapi kesedaran tue tak muncul-muncul lagi. Allah !

Untuk hari ini, Alhamdulillah atas setiap nikmat dan kegembiraan yang telah DIA kurniakan. Walaupun masih ada perkara sedih yang menghimpit hati nie, tapi sampai bila nak terus sedih dan kecewakan apatah lagi untuk menyesal dengan setiap yang terjadi. Apa yang telah berlaku tue biarkanlah. Yang penting terus move forward. Kalau terus memandang ke belakang sampai bila-bila pun akan rasa menyesal kan. Kalau menyesal, maknanya kita tak redha lah dengan apa yang telah terjadi. Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Insya Allah...

Semalam buka Facebook, dapat sebuah lagu daripada seorang kawan nie. Sedihnya lagu tue. Ada kaitan juga dengan apa yang terjadi dalam hidup aku. Tak sangka boleh jugak menitis air mata nie bila menghayati lagu tue. Tiba-tiba rasa macam jahat sangat diri ini dengan apa yang telah terjadi. Tak apa lah, apa yang telah terjadi tue biarlah menjadi pengalaman untuk lebih mematangkan aku. Be strong ! :)


i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Friday 15 February 2013

Senario di Masjid

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt
 
Hi !
Baru balik bercuti dengan family. Mana lagi kalau bukan KL. Dah jadi rumah kedua selepas Penang. Asal cuti je mesti pergi KL. Tapi mana tahu kalau-kalau lepas nie tersangkut dengan orang KL plak kan. 
Opss, tulisan tanpa motif.. >_<

Tapi nak cerita nie... Hari tue pergi jalan-jalan dekat Chow Kit Road. Ramai betul orang. Jalan pun sesak. Tapi bukan nak cerita pasal Chow Kit pun. Sebenarnya kan, aku baru tahu tentang senario masjid di KL.
Pergi masjid pakai kasut. Balik masjid pakai kaki ayam. Pheww.. Rupanya tak boleh nak pakai kasut mahal-mahal kalau pergi masjid kat sana. Elok pakai cap buaya je. Ops, cap Crocodile pun orang curi ok..
< Aku tak tahu situasi nie terjadi di semua masjid atau tidak tapi ini adalah salah sebuah masjid yang aku singgah di bandar KL >

Tapi, kesian giler kat sorang pak cik nie. Pakai sepatu berjenama, tapi bila balik rumah bersepatu ayam jugak. Sedih sangat tengok. Umur pak cik tue aku agak dalam average 60-an. Ish, kasut warga emas pun nak curi ke wei ? Oh, lupa pulak. Dekat kasut mana ada tulis status muda atau tua kan. Tapi, sekurang-kurangnya letak la dalam diri kita sedikit rasa kemanusiaan. Lebih-lebih lagi bila nak ambil hak kepunyaan orang. Malangnya, kalau mencuri tak sempat pun rasanya nak fikir hak orang atau tak. Yang penting, dapatttt...

Erm, mungkin yang mencuri tue tak ada kasut kot. Boleh dimafkan lagi la kot. Mungkin dia terambil. Mungkin... < Positif >  Tapi kalau dah sampai 5 pasang kasut kena rembat, agak-agak apa maknanya tue ? < Tak boleh nak positif dah > Huh !

P/S : Ada orang bagi petua. Nak elak kasut kena curi. Letak sebelah kasut kat tempat lain, sebelah kasut lagi kat tempat lain plak. Pun kena curi... Apakah ? Pheww..
 
 
Agak-agak kalau pakai kasut macam nie ada yang nak curi tak ? Hehe..
 
 

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...