Wednesday 24 October 2012

Hadiah Sebuah Perpisahan... :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini aku dapat jugak keputusan darinya. Berhari-hari aku menunggu jawapan itu. Walaupun jawapan yang diterima itu mengecewakan diri aku, namun aku tak tahu kenapa selepas aku dapat jawapan itu aku rasa aku lebih tenang, lebih damai dan lebih tenteram.

 Walau pada awalnya aku agak beremosi kerana merasakan diri dipermainkan dengan harapan-harapan yang telah diberikannya. Allah.. selepas aku menunaikan solat aku rasa Allah hadirkan aku ketenangan itu di dalam hati aku. Aku tidak menangis seperti sebelumnya bahkan aku mampu untuk tersenyum. Allah.. Allah.. Allah..

 Mungkin kerana aku merasakan keputusan yang dibuatnya adalah tepat dan betul. Ya, hidup ini kadang-kadang memerlukan kita membuat pilihan dan pilihan itu kadangkalanya akan menyakitkan. Namun aku redha. :)

Sedari awal lagi aku merasakan bahawa tindakan aku ini adalah salah. Aku selalu suarakan hasrat untuk mengalah, namun selalu dihalang. Dan hari ini aku merasakan tak salah untuk aku mengalah demi orang lain. Orang yang pernah aku sayang, orang yang pernah Allah hadiahkan untuk aku walau hanya seketika. Aku tidak boleh mementingkan diri dan membiarkan orang lain terluka dengan tindakan aku itu.

Andai cinta itu memerlukan pengorbanan, ini lah pengorbanan dariku iaitu untuk dilukai. Aku redha dengan ketentuanNYA. Dan aku hargai hadiah kekecewaan ini. Bahkan aku gembira kerana dia telah membuat keputusan yang tepat. Andai dia memilih aku, pasti banyak hati-hati yang akan terluka. Kerana itu, biarlah dia melepaskan aku dan aku melepaskan dirinya kerana antara kami itu hanyalah masa silam. Kenangan-kenangan indah dulu hanyalah masa lalu yang tak akan berulang kembali. Biarlah dia membina kehidupan baru tanpa dibayangi diri aku lagi.

Bahkan.. bahkan.. aku gembira kerana Allah pernah hadirkan dia di dalam hidupku walaupun hanya seketika. Dengan kehadirannya, aku belajar untuk lebih menghargai, belajar untuk menerima segala kekurangan dan menerima sesuatu dengan seadanya. Dan hari ini, aku telah menerima pelajaran itu. Aku tidak akan sesekali menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi kerana Allah tahu apa yang terbaik untukku... Mungkin kerana Allah ingin hatiku kembali kuat. Kerana mungkin aku tak sedar hati ku menjadi lemah dan sakit sepanjang bercinta tanpa ikatan yang halal. Allah, Allah, banyaknya khilaf aku.. :(

Namun, aku yakin dengan ALLAH. DIA tidak akan memberikan apa yang aku inginkan tetapi DIA akan memberi apa yang aku perlukan. Dengan kekecewaan ini, aku belajar untuk menjadi lebih matang. Lebih yakin dengan Allah.. Dan hari ini, aku juga percaya, ALLAH akan gantikan kekecewaan yang aku alami ini dengan sesuatu yang lebih baik, sesuatu yang tidak disangka dan sesuatu yang tidak dijangka. Insya Allah, kerana janji Allah itu adalah pasti. Tapi janji manusia itu selalu dimungkiri.. :)

Ya Allah, dengan berakhirnya kisah ini, lenyapkanlah perasaan sayang ini dari hatiku, jauhkanlah perasaan rindu ini dari hatiku, hilangkanlah memori-memori indah dari ingatanku, luputkanlah dia dari ingatanku. Amiinn..

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...