" Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
♥
Assalamualaikum wbt ♥
Alhamdulillah, hari ini aku dapat jugak keputusan darinya.
Berhari-hari aku menunggu jawapan itu. Walaupun jawapan yang diterima itu
mengecewakan diri aku, namun aku tak tahu kenapa selepas aku dapat jawapan itu aku rasa aku lebih
tenang, lebih damai dan lebih tenteram.
Walau pada awalnya aku agak beremosi kerana
merasakan diri dipermainkan dengan harapan-harapan yang telah diberikannya.
Allah.. selepas aku menunaikan solat aku rasa Allah hadirkan aku ketenangan itu
di dalam hati aku. Aku tidak menangis seperti sebelumnya bahkan aku mampu untuk
tersenyum. Allah.. Allah.. Allah..
Mungkin kerana aku merasakan keputusan yang
dibuatnya adalah tepat dan betul. Ya, hidup ini kadang-kadang memerlukan kita
membuat pilihan dan pilihan itu kadangkalanya akan menyakitkan. Namun aku
redha. :)
Sedari awal lagi
aku merasakan bahawa tindakan aku ini adalah salah. Aku selalu suarakan hasrat
untuk mengalah, namun selalu dihalang. Dan hari ini aku merasakan tak salah
untuk aku mengalah demi orang lain. Orang yang pernah aku sayang, orang yang
pernah Allah hadiahkan untuk aku walau hanya seketika. Aku tidak boleh
mementingkan diri dan membiarkan orang lain terluka dengan tindakan aku itu.
Andai cinta itu
memerlukan pengorbanan, ini lah pengorbanan dariku iaitu untuk dilukai. Aku
redha dengan ketentuanNYA. Dan aku hargai hadiah kekecewaan ini. Bahkan aku
gembira kerana dia telah membuat keputusan yang tepat. Andai dia memilih aku,
pasti banyak hati-hati yang akan terluka. Kerana itu, biarlah dia melepaskan
aku dan aku melepaskan dirinya kerana antara kami itu hanyalah masa silam.
Kenangan-kenangan indah dulu hanyalah masa lalu yang tak akan berulang kembali.
Biarlah dia membina kehidupan baru tanpa dibayangi diri aku lagi.
Bahkan.. bahkan..
aku gembira kerana Allah pernah hadirkan dia di dalam hidupku walaupun hanya
seketika. Dengan kehadirannya, aku belajar untuk lebih menghargai, belajar
untuk menerima segala kekurangan dan menerima sesuatu dengan seadanya. Dan hari
ini, aku telah menerima pelajaran itu. Aku tidak akan sesekali menyalahkan
takdir atas apa yang telah terjadi kerana Allah tahu apa yang terbaik
untukku... Mungkin kerana Allah ingin hatiku kembali kuat. Kerana mungkin aku
tak sedar hati ku menjadi lemah dan sakit sepanjang bercinta tanpa ikatan yang
halal. Allah, Allah, banyaknya khilaf aku.. :(
Namun, aku yakin
dengan ALLAH. DIA tidak akan memberikan apa yang aku inginkan tetapi DIA akan
memberi apa yang aku perlukan. Dengan kekecewaan ini, aku belajar untuk menjadi
lebih matang. Lebih yakin dengan Allah.. Dan hari ini, aku juga percaya, ALLAH
akan gantikan kekecewaan yang aku alami ini dengan sesuatu yang lebih baik,
sesuatu yang tidak disangka dan sesuatu yang tidak dijangka. Insya Allah,
kerana janji Allah itu adalah pasti. Tapi janji manusia itu selalu dimungkiri..
:)
Ya Allah, dengan
berakhirnya kisah ini, lenyapkanlah perasaan sayang ini dari hatiku, jauhkanlah
perasaan rindu ini dari hatiku, hilangkanlah memori-memori indah dari ingatanku,
luputkanlah dia dari ingatanku. Amiinn..
1 comment:
Allah pasti akan memberikan kamu jodoh yang lebih baik, jangan bersedih. Ada seseorang yang lebih baik sedang menantimu. Keep Positive!!
Post a Comment