Wednesday 30 January 2013

2# Wordless Wednesday

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt






● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Monday 28 January 2013

Masalah itu.. Masalah ini..

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Ramai orang hebat berkata, petah bicara, lantang bersuara.. Tapi apabila diuji dengan masalah yang mungkin hanya sekecil cuma, dah mula nak melenting serta menyalahkan takdir. Jadi, di manakah iman dan kepercayaan kita tentang Rukun Iman yang selalu dilaung-laung tue? Jom muhasabah diri..

Yes, memang hidup tak dapat nak lari daripada masalah. Tapi kadang-kadang kita kena refleks diri kita. Masalah tue benar-benar bermasalah atau kita sendiri yang sebenarnya bermasalah ? Macam keling pulak kan ayat nie. Tak kisah la, janji maksud tue ada. Walaupunnn.. Hehe.

Bukan nak membebel apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat kat blog yang daif nie. Cuma sedang bermuhasabah diri. Bila ada masalah, kita selalu salahkan orang lain. Cuba tanya diri sendiri yang dah confirm tak sempurna tue. Kadang kita pun ada buat salah jadi tak perlu lah kita nak menuding jari kat orang lain. Macam orang kata lah, kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Alahai, berperibahasa pulak malam-malam nie ! Ahaks...



Kepada mereka-mereka yang mungkin sedang menghadapi masalah tue, jom la kita muhasabah diri kita balik. Aku bukan cakap nak menunjuk diri aku hebat. Tapi apabila aku menjangkau 20an aku baru rasa tentang manisnya masalah itu. Bila aku dah masuk 20an baru aku rasa kehidupan aku benar-benar teruji. Kadang-kadang cuba untuk hindar daripada masalah tapi tak dapat jugak nak lari daripada masalah. Mungkin dulu aku dah terlalu bahagia tanpa diulit sebarang masalah. Tapi bila aku meningkat dewasa aku akui kehidupan aku sangat teruji. Teruji dengan persahabatan, teruji dengan persekitaran serta teruji dengan orang-orang di sekeliling aku. Dan yes, aku pernah rasa menyesal dengan kehidupan aku. Menyesal jejakkan kaki ke sini.

Tapi apabila aku muhasabah balik diri, aku sedar Allah uji aku untuk aku jadi kuat. Dan sampai sekarang aku dah sedar, walau ramai yang mengutuk, masih ramai yang menyokong. Walau ramai yang bermuka dan berpura-pura masih ramai yang sudi  terima kekurangan aku. Dan inilah dinamakan Kehidupan ! :)

Tak perlu nak rasa menyesal dengan apa yang kita lalui. Kadang-kadang memang pahit. Kadang-kadang memang sedih bila orang tuduh kita macam-macam. Bila orang hanya membuat andaian, tanggapan daripada apa yang dilihat. Sedangkan kadang-kadang apa yang dilihat tue tak semestinya betul dengan apa yang telah terjadi... 

Apa pun, Alhamdulillah, Thank You Allah atas setiap ujian yang diberi. Tanpa ujian ini, aku takkan jadi kuat. Aku takkan hargai setiap apa yang terjadi. Aku takkan belajar untuk terus tertawa daripada kisah semalam. Aku takkan berhenti menangis tanpa pengalaman lalu. Alhamdulillah. Thanks pada kawan-kawan yang masih sudi susah dan senang bersama. 
You all are everything for me ! Hopes our Friendship last forever. Insya Allah... :))

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Saturday 26 January 2013

Menuju Puncak Gunung Jerai :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara-udara segar milik Allah di muka bumi ini. Kelmarin aku berkesempatan sekali lagi untuk melawat keluarga angkat di Kampung Acheh, Yan, Kedah Darul Aman setelah sekian lama tidak bertandang ke sana. Acehh. Bajet macam dah bertahun padahal baru je 6 bulan tak ke sana.. Puiii...

Sebenarnya... Sebenarnya... Ini adalah perancangan mengejut yang aku lakukan. Nasib baik semua kawan-kawan aku yang lain OK je. Happy having them as my friendsss ! :D 

Mula-mula kami pergi melawat keluarga angkat maisng-masing dulu. Lepas tue ingat nak bermandi-manda di Titi Hayun. Tapi malangnya dah lewat, jadi tak dapat lagi nak mandi kat situ. Mission incomplete, sedihhhhh ! Tapi takpa, lepas tue kami decide nak meronggeng di Puncak Gunung Jerai. Bila sampai sana, Subhanallah.. tue je yang mampu cakap. Cantik sangat suasananya, dengan dingin yang sejuk. Rasa macam kat Korea ! Tiba-tiba je.. Ini poyo ! Sebab Korea pun aku tak pernah sampai lagi. Hehe.. 

Cakap banyak-banyak pun tak best jugak kan? So, kita layannn je la gambar.. :)

Cantik kan ? Kat Gunung Jerai nie banyak lagi bunga-bunga yang cantik. Boleh feeling di Korea jugak :P

These are my superb friendss ! :)

Ok, cukup 11. Thanks pada bro yang sudi capture our picta ;) They all make my day !


Cantik kan? Opss, SUBHANALLAH... Scenery kat sini memang sangat indah. Boleh bajet macam kat obersea bersama-sama pasangan anda. ;)

The gurlsss. Please make the choice ! Ahakss. Sorry, they are my good friendsss and I don't want to give them for anyone ! Hohooo..

The boysss. Sorry, they all are already taken :P

So, amacam teruja tak ? Sebenarnya ada banyak lagi gambar. Tapi kalau tunjuk semua tak rock la kan. Jadi, korang kena la rasai sendiri kedinginan dan keindahan Puncak Gunung Jerai tue. Rasa tenang, indah je. Hilang semua masalah ! Try la pergi.. Free je punn.. :)

Seriesly korang boleh bajet oversea. Dengan bunganya, suasananya yang ala modern-english memang superb ahh ! Nak feeling-feeling Bollywood pun boleh. Haaa :P

Jumpa lagi ~ :)

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Wednesday 23 January 2013

1# Wordless Wednesday

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt




● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Monday 21 January 2013

Ucapkanlah keMAAFan itu :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Jam dah pun hampir melewati 1.00 pagi. Tapi, mata ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk terlelap seketika. Kebelakangan ini terlalu banyak masalah, keluh-kesah yang menghimpit diri ini. Lantas, tatkala ingin mencari inspirasi, terlihat pada bait-bait indah daripada seorang sahabat Facebook.

Sebelum dirimu melelapkan mata, membuai mimpi dan seterusnya menghadapi hari esok, jangan pernah lupa untuk memaafkan insan yang pernah melukakan hatimu walau sedalam manapun ia berparut. Jangan dikotorkan jiwamu dengan dendam dan iri hati. Bersihkanlah sesucinya hatimu, sebagai persediaan untuk menghadapi Ilahi...

Rasa tenang sangat. Semoga Allah terus mengurniakan aku ketenangan dan kedamaian serta ketabahan pada hati ini untuk berhadapan dengan manusia-manusia di sekelilingku ini yang penuh dengan pelbagai ragam dan keletah. Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang boleh menjadi penawar, ada juga yang boleh menjadi racun...



● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Sunday 20 January 2013

Putus cinta ? Rileks la... :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt
 
Nak melupakan orang yang pernah ada di hati kita kadangkala agak sukar. Tapi kalau tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan. Tiba-tiba je kan ? ^_^
Sebenarnya tak nak cakap lagi pasal hati dan perasaan nie. Tapi sebab ada yang masih bertanya, kita layan je la yer.

Ramai orang cakap kesian dekat aku. Yeah, aku hargai rasa yang ditunjukkan tue. Tapi, aku tak nak orang terus kasihan dekat aku sebab seolah-olah aku nie terlalu lemah. Hei, saya kuat la! Sebenarnya aku sendiri pun dah lupa tentang apa yang terjadi. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku rasa bila dia sudah ada yang lain, maka aku dah tak ada hak lagi untuk menyayangi dia dan dia juga dah tak ada tempat di hati aku..

Ya, kami memang rakan sekelas. Tapi, bila fikir sampai bila hendak membenci? Aku hanya nak membuktikan bahawa kami masih boleh bersahabat baik walaupun mungkin kami dah tiada apa-apa lagi.  Kalau dulu, aku akui aku ada tinggalkan rasa benci aku untuk dia. Tapi, bila aku tengah mencari inspirasi, aku terjumpa kata-kata ini :
" kenapa harus ada rasa benci sedangkan dia pernah duduk sementara di hati kita dulu... "
Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan memaafkan. Tak perlu nak ada rasa dendam. Tak perlu nak ada rasa benci. Itu jalan terbaik bagi yang sedang putus cinta aku rasa.  Sebabnya kalau kita simpan dendam, tanam rasa benci kat hati untuk dia, akhirnya hati kita yang akan sakit. Jadi, kenapa pilih sakit sedangkan kita boleh bahagia ? Kenapa nak rasa sedih kalau ada banyak perkara boleh buat kita gembira ? Betul kan ? 
Always keep positive. ^____^

Lagi satu, aku selalu dengar orang-orang itu kata dia dah buat keputusan yang salah, pilihan dia tak tepat. Aku pun pelik Sebenarnya siapa kita nak tentukan setiap pilihan orang itu adalah tepat atau tidak. Yeah, kadang-kadang kita kena juga dengar pendapat orang tapi kalau tuan badan sendiri merasakan pilihan yang dibuat adalah tepat, kenapa kita sebagai orang luar perlu membantah ? Jadi, bila aku dengar orang kata macam tue aku sebenarnya agak sedih sebab dia pernah jadi sebahagian orang yang penting dalam hidup aku dan kerana itu aku nak sangat dia bahagia. Kalau dengan cara ini dia akan lebih bahagia, maka aku pun akan tumpang tersenyum bahagia untuk dia.Tapi, dalam konteks yang aku cakap sekarang nie, hanya sebagai Kawan ye. Tak lebih daripada itu. Fullstop !

Jumpa lagi ! ^________^

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Saturday 19 January 2013

Wajah Baru :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt
 
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga edit blog bagi jadi lagi cantik dan kemas. Cantik ke? Okla kot berbanding dulu. :) So, sekarang ' Contengan Hati ' sudah berwajah baru. Komen la sikit.. Huhu. Mula-mulanya niat di hati nak guna tema pink dan cuba lari dari bayangan purple, my favourite color. Tapi walau cuba sekuat daya mana pun, aku rasa tak lengkap kalau tak ada warna purple kat blog nie. Maka, terhasillah kombinasi pink dan purple. Pun ok what ? ^___^

Sebenarnya, ada banyak benda yang nak update. Tapi disebabkan aku sudah berpindah masuk ke hostel nie, jadi aku menghadapi sedikit masalah dengan internet. Line wifi yang ada pun teramatlah slow. Jadi, tak dapatlah nak update selalu lagi.. Tapi, tetap bersyukur, walaupun jarang update sekarang nie, masih ada yang sudi follow blog yang naif ini. Alhamdulillah...

Follower pun dah sampai 123. Cantik kan nombor? Walaupun baru sebulan berblogging. Kira peningkatan yang agak bagus jugak la kan. Hehe. Nanti aku nak buat blog review lah bagi follower aku yang bertuah tue. Tapi, sekarang minta maaf sebab masih belum berkesempatan. Harap-harap tuan blogger yang bertuah itu dapat menanti dengan penuh sabar. Hehee.. :)

Jumpa lagi <3

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Saturday 5 January 2013

Dan kerana itu Aku Redha...

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt


Sesungguhnya setiap ujian Allah itu sangat indah.
Dan sebagai manusia yan lemah dan hina ini
Aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku
Dengan memilih aku untuk menerima dugaan ini.
Dan kerana itu Aku Redha...


● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...