Sunday 24 February 2013

Secret Song for You :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Tak sampai seminggu lagi dah nak hampir ke bulan 3. Perasaan malas nie semakin membuak-buak sekarang nie. Padahal punya la banyak kerja yang dah nak kena submit awal bulan 3. Tapi kesedaran tue tak muncul-muncul lagi. Allah !

Untuk hari ini, Alhamdulillah atas setiap nikmat dan kegembiraan yang telah DIA kurniakan. Walaupun masih ada perkara sedih yang menghimpit hati nie, tapi sampai bila nak terus sedih dan kecewakan apatah lagi untuk menyesal dengan setiap yang terjadi. Apa yang telah berlaku tue biarkanlah. Yang penting terus move forward. Kalau terus memandang ke belakang sampai bila-bila pun akan rasa menyesal kan. Kalau menyesal, maknanya kita tak redha lah dengan apa yang telah terjadi. Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Insya Allah...

Semalam buka Facebook, dapat sebuah lagu daripada seorang kawan nie. Sedihnya lagu tue. Ada kaitan juga dengan apa yang terjadi dalam hidup aku. Tak sangka boleh jugak menitis air mata nie bila menghayati lagu tue. Tiba-tiba rasa macam jahat sangat diri ini dengan apa yang telah terjadi. Tak apa lah, apa yang telah terjadi tue biarlah menjadi pengalaman untuk lebih mematangkan aku. Be strong ! :)


i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Friday 15 February 2013

Senario di Masjid

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt
 
Hi !
Baru balik bercuti dengan family. Mana lagi kalau bukan KL. Dah jadi rumah kedua selepas Penang. Asal cuti je mesti pergi KL. Tapi mana tahu kalau-kalau lepas nie tersangkut dengan orang KL plak kan. 
Opss, tulisan tanpa motif.. >_<

Tapi nak cerita nie... Hari tue pergi jalan-jalan dekat Chow Kit Road. Ramai betul orang. Jalan pun sesak. Tapi bukan nak cerita pasal Chow Kit pun. Sebenarnya kan, aku baru tahu tentang senario masjid di KL.
Pergi masjid pakai kasut. Balik masjid pakai kaki ayam. Pheww.. Rupanya tak boleh nak pakai kasut mahal-mahal kalau pergi masjid kat sana. Elok pakai cap buaya je. Ops, cap Crocodile pun orang curi ok..
< Aku tak tahu situasi nie terjadi di semua masjid atau tidak tapi ini adalah salah sebuah masjid yang aku singgah di bandar KL >

Tapi, kesian giler kat sorang pak cik nie. Pakai sepatu berjenama, tapi bila balik rumah bersepatu ayam jugak. Sedih sangat tengok. Umur pak cik tue aku agak dalam average 60-an. Ish, kasut warga emas pun nak curi ke wei ? Oh, lupa pulak. Dekat kasut mana ada tulis status muda atau tua kan. Tapi, sekurang-kurangnya letak la dalam diri kita sedikit rasa kemanusiaan. Lebih-lebih lagi bila nak ambil hak kepunyaan orang. Malangnya, kalau mencuri tak sempat pun rasanya nak fikir hak orang atau tak. Yang penting, dapatttt...

Erm, mungkin yang mencuri tue tak ada kasut kot. Boleh dimafkan lagi la kot. Mungkin dia terambil. Mungkin... < Positif >  Tapi kalau dah sampai 5 pasang kasut kena rembat, agak-agak apa maknanya tue ? < Tak boleh nak positif dah > Huh !

P/S : Ada orang bagi petua. Nak elak kasut kena curi. Letak sebelah kasut kat tempat lain, sebelah kasut lagi kat tempat lain plak. Pun kena curi... Apakah ? Pheww..
 
 
Agak-agak kalau pakai kasut macam nie ada yang nak curi tak ? Hehe..
 
 

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Friday 8 February 2013

Kehilangan...

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt
 
Entry ini agak panjang. Tak kisah la ada yang nak baca atau tak. Tapi, setahu aku blog nie banyak silent reader. Ehem, perasan ! Ops, kenyataan..
Tak kisah la siapa pun yang membacanya, sama ada aku kenal atau pun tak biarlah cerita nie hanya setakat ini sahaja. Apa yang tertulis di sini biarlah habis di sini je. Boleh kan ? Sayang awak-awak semua.. ^_^

Sebenarnya, aku rindu seseorang. Rindu sangat-sangat. Tipu la kalau aku cakap aku tak rindu dia. Tapi, hakikatnya aku tak boleh nak tipu diri aku yang aku sangat rindu dan sayang dia. Mungkin dia dah tak perlukan aku. Apatah lagi ingat aku. Sebab aku tahu dia tetap bahagia walau tanpa aku di sisi. Itu apa yang aku nampak la. Sebaliknya, wallahua'lam..

Mungkin dia marah aku. Mungkin dia rasa aku tinggalkan dia. Tapi mungkin salah aku. Sebab aku memang seorang yang suka pendam perasaan. I mean kalau aku sakit hati atau terasa hati aku lebih suka untuk berdiam diri daripada aku berterus terang macam ' ya ! saya memang terasa hati dengan kamu. Kenapa buat saya macam nie ? Bla bla bla..' Aku bukan jenis yang macam tue. Maybe aku perlu belajar untuk lebih telus dan berterus-terang kan ? Tapi, kadang-kadang berterus-terang tue akan lebih menyakitkan bukan ?

Tapi ianya lebih menyakitkan jika orang yang pernah rapat dengan kita berpura-pura tak kenal dengan kita dan hanya akan berpura-pura bercakap dengan kita bila ada orang lain pada waktu yang sama. Dan ini dinamakan karma. Apa yang pernah aku buat pada 'Sang Mantan' dulu, akhirnya berbalik semula dekat diri aku. Dan dibalas oleh sahabat aku sendiri. Aku redha...Jadi, adilkah untuk aku mempersoalkan jika itu balasan yang aku dapat sekarang ?

Aku selalu berharap agar aku kuat. Dan setiap hari untuk memulakan hari baru, aku paksa diri aku untuk jadi ceria, untuk gembira, ketawa semampu yang mungkin. Sebab aku dah letih untuk menangis. Kerana rasanya sepanjang 3 tahun lebih berada di sini aku lebih banyak menangis daripada ketawa. Kadang-kadang aku rasa bosan sebab aku dah hilang diri aku yang dulu. Sebab perjalanan hidup aku sekarang lebih banyak sedih dari gembira. Mungkin dulu aku dah terlalu banyak gembira. Sampai aku terlupa rasa sedih. Jadi, bila masuk sini Allah uji aku dengan pelbagai ujian. Aku dah lali dengar orang bagi cercaan, kutukan, sindiran untuk aku. Mungkin kita perlu terima dalam hidup nie tak semua orang sukakan kita. Sebab kita sendiri pun ada tak sukakan orang. Jadi, adil lah kan ?

Sebenarnya, aku rasa sedih bila orang cakap aku suka tukar kawan, aku talam dua muka. :( Tapi, orang yang cakap-cakap tue pernah ke nak tanya apa masalah aku, dengar cerita aku. And yes, aku takkan suka-suka bercerita dekat orang. Aku lebih suka berdiam diri. Mungkin kerana itu orang lebih suka menyalahkan aku. Takpa, aku tak kisah.. :) Tapi, kebanyakkan cerita yang aku dengar tentang aku semuanya daripada mulut orang yang dah ditokok tambah. Bukankah itu lebih membawa kepada fitnah ? Hurm...
Kadang-kadang apa yang kita dengar, apa yang kita nampak tue tak semestinya betul dan tepat. Dan selalunya apa yang tak nampak itu la yang sebetulnya. Tapi,mulut orang sampai bila kita boleh tutup ? Even tempayan kalau dah penuh air pun tetap akan melimpah keluar. Terima kasih kepada mereka-mereka yang concern dengan kehidupan aku.

Aku selalu berharap agar kami dapat bersahabat macam dulu lagi. Sebab aku terlalu rindukan saat kami bersama. Aku sangka walaupun dah dua tahun berkawan rapat, kami dah cukup kuat untuk hadapi setiap kemungkinan yang berlaku. Tapi ternyata persahabatan kami belum cukup kuat dan masih goyah. Aku tak pernah salahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah atas setiap apa yang terjadi. Dia pun dah bahagia dengan kehidupannya. Dan aku pun, Alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku sahabat-sahabat yang tetap ada tika aku susah dan senang. Yang boleh kongsi cerita, yang boleh dengar keluh-kesah aku.. Terima kasih Allah ! :D

Walau apa pun yang telah terjadi, aku belajar untuk redha dan turut sama bahagia. Sebab aku tahu aku tidak sehebat sahabat yang dia ada sekarang. Aku terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Mungkin kerana kelemahan dan kekurangan aku itu yang membuatkan kami semakin renggang. Maafkan aku sahabat :(
Insya Allah, aku akan perbaiki diri ini..

Dan seandainya kau terbaca tulisan ini, aku harap kau tahu yang aku masih sayangkan kau walaupun hubungan kita dah tak seakrab dulu. Aku hanya mampu untuk mendoakan kebahagiaan kau.. Aku minta maaf sebab tak mampu nak jadi sahabat yang terbaik untuk kau walaupun aku dah mencuba sebab kau dah ada sahabat yang jauh lebih baik daripada aku... :'-(
Apa pun, kenangan kita bersama masih tetap utuh di memori ini. Mungkin kau dah tak perlukan aku, Mungkin kau dah tak sudi berbicara denganku, Tapi aku tahu seorang sahabat itu takkan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan sahabatnya walau tanpa bersua, walau tanpa bicara, walau tanpa memandang mata... Namun doa itu tetap ada. Insya Allah...

Kata Imam Al-Ghazali, "Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya." :')
P/S :
Buat yang mengenali diri ini, minta maaf kalau ada yang tak selesa dengan entri ini. Tapi ini hanyalah luahan perasan. Tak ada niat nak mengaibkan sesiapa. Hanya perkongsian perasaan seorang manusia biasa yang lemah dan daif. Apa yang tertulis di sini, biarlah berakhir di sini saja... 

 

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Sunday 3 February 2013

1# Muhasabah Diri

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Sebelum kita menghukum sesuatu kepada orang lain, seharusnya kita selidiki dahulu tentang kebenarannya, bukan dengar cakap-cakap dari orang lain semata-mata dan terus membuat andaian serta tanggapan yang bukan-bukan terhadap orang lain...
:)
 
Nauzubillah... 


● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Segmen Random oleh Honey Yeo :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Kelmarin baru perasan komen daripada Syira Lokman. Rupayanya dia tag untuk satu segmen random nie. Thanks tag saya ! :) *Hug* 

Jom sama-sama join. 

^^ Klik banner dan join ^^

Hadiah yang giler menarik menanti anda semua. Mesti besar mata lepas nie kalau tengok tawaran hadiah. Tak percaya ? Jom la cuba tengok dulu...


Mangsa tag :




● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Friday 1 February 2013

Segmen Pantas AisyahHumaira :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Malam nie rasa bosan. Sebab tak tahu nak buat apa. Selalunya setiap malam ada je aktiviti yang nak buat. Tapi malam nie sunyi betul. Hostel pun rasa suram je. Sesuram hati ini.. eh? eh?
Malam nie saja blogwalking nak tambah kenalan dan luaskan pandangan serta fikiran yang sempit nie. Kononnya la kan.. 

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba... Wah, macam suspen je. Padahal.. Tak ada pun sangat. Cuma nak cakap tadi tersinggah di satu blog yang comel ini. Nak tahu tak? Nak tahu? Blog ini lah.. Cer klik tengok. Comel kan?

Dan lepas TERklik, aku pun TERjoin sekali segmen yang blogger nie buat. Harap-harap lepas TERsiapnya entry nie, ada la sikit TERtuah untuk aku agar TERpilih untuk dapat hadiah daripada blogger yang comel itu. Puji bukan sebab nak bodek, tapi kenyataan. Ahakss..
Klik Banner di atas :)

Okla, jom kita join Segmen Pantas AisyahHumaira. Syaratnya pun mudah je, hadiah pun best jugak. Jom.. Lebarkan sayap kenalan kita.

Tamat pada jam 1 petang esok [2/2/2013] 
Yup, memang segmen pantas, cuma 15 jam sahaja ! Siapa cepat dia dapat. hehe :D 
Hadiah kecik je : 2 X Topup RM5 
Tapi kalau lebih 100 yang join, Niera bagi 6 X Topup RM5
Mangsa Tag :
Awak..
Awak...
Awak....
dan 
Awak yang sedang membaca :D

P/S : kepada blogger Niera, selamat berkenalan diucapkan... :)


● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Maafkan Aku...

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Kepada dia yang bergelar Hamba Allah...

Terima kasih kerana membenci serta tidak menyukai diri ini. 
Semoga dengan kebencian dan ketidaksukaan yang ditunjukkan itu
akan lebih mengingatkan aku tentang kelemahan dan kekurangan diri ini.

Terima kasih kerana kebencian dan ketidaksukaan itu,
kerana aku lebih mengerti tentang ketidaksempurnaan kehidupan ini.

Terima kasih kerana kebencian dan ketidaksukaan itu,
kerana aku akan cuba untuk memperbaiki diri.

Dan aku harap kita juga boleh sama-sama memperbaiki diri
kerana
apabila ada orang tidak menyukai kita
hanya ada 2 perkara yang menjadi asbab
iaitu
kerana kekurangan kita
ataupun
kerana kelebihan kita... :)

Apa pun,
dengan rendah hatinya
aku meMOHON MAAF kepada dirimu.
Andai tingkah laku ku, bicara ku
yang mungkin tidak seiringan dengan dirimu.

Please SMILE although everyone is keep talking about YOU. 
and
 Please SMILE eventhough it's HURT for YOU  :))))


● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...