Sunday 24 February 2013

Secret Song for You :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Tak sampai seminggu lagi dah nak hampir ke bulan 3. Perasaan malas nie semakin membuak-buak sekarang nie. Padahal punya la banyak kerja yang dah nak kena submit awal bulan 3. Tapi kesedaran tue tak muncul-muncul lagi. Allah !

Untuk hari ini, Alhamdulillah atas setiap nikmat dan kegembiraan yang telah DIA kurniakan. Walaupun masih ada perkara sedih yang menghimpit hati nie, tapi sampai bila nak terus sedih dan kecewakan apatah lagi untuk menyesal dengan setiap yang terjadi. Apa yang telah berlaku tue biarkanlah. Yang penting terus move forward. Kalau terus memandang ke belakang sampai bila-bila pun akan rasa menyesal kan. Kalau menyesal, maknanya kita tak redha lah dengan apa yang telah terjadi. Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Insya Allah...

Semalam buka Facebook, dapat sebuah lagu daripada seorang kawan nie. Sedihnya lagu tue. Ada kaitan juga dengan apa yang terjadi dalam hidup aku. Tak sangka boleh jugak menitis air mata nie bila menghayati lagu tue. Tiba-tiba rasa macam jahat sangat diri ini dengan apa yang telah terjadi. Tak apa lah, apa yang telah terjadi tue biarlah menjadi pengalaman untuk lebih mematangkan aku. Be strong ! :)


i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

2 comments:

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

Assalamualaikum.. Sygg.. setiap kesedihan ade penawarnye.. kekadang sedih ini satu nikmat kerana xsume ade perasaan selembut kita.. ^_^ syukur sgt kita lhir sbagai manusia yg mempunyai hati perikemanusiaan kan :) jgn tggal solat ok.. rajin2 solat dan puasa.. kukuhkan hati utk diri sndiri dan keluarga :)

Inlove-wanda.blogspot.com said...

Hello , Dari segmen yang sama , done follow .
http://inlove-wanda.blogspot.com/2013/05/segmen-blogwalking-follow-dan-follow.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...