♥ Assalamualaikum wbt ♥
Nak melupakan orang yang pernah ada di hati kita kadangkala agak sukar. Tapi kalau tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan. Tiba-tiba je kan ? ^_^
Sebenarnya tak nak cakap lagi pasal hati dan perasaan nie. Tapi sebab ada yang masih bertanya, kita layan je la yer.
Ramai orang cakap kesian dekat aku. Yeah, aku hargai rasa yang ditunjukkan tue. Tapi, aku tak nak orang terus kasihan dekat aku sebab seolah-olah aku nie terlalu lemah. Hei, saya kuat la! Sebenarnya aku sendiri pun dah lupa tentang apa yang terjadi. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku rasa bila dia sudah ada yang lain, maka aku dah tak ada hak lagi untuk menyayangi dia dan dia juga dah tak ada tempat di hati aku..
Ya, kami memang rakan sekelas. Tapi, bila fikir sampai bila hendak membenci? Aku hanya nak membuktikan bahawa kami masih boleh bersahabat baik walaupun mungkin kami dah tiada apa-apa lagi. Kalau dulu, aku akui aku ada tinggalkan rasa benci aku untuk dia. Tapi, bila aku tengah mencari inspirasi, aku terjumpa kata-kata ini :
" kenapa harus ada rasa benci sedangkan dia pernah duduk sementara di hati kita dulu... "
Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan memaafkan. Tak perlu nak ada rasa dendam. Tak perlu nak ada rasa benci. Itu jalan terbaik bagi yang sedang putus cinta aku rasa. Sebabnya kalau kita simpan dendam, tanam rasa benci kat hati untuk dia, akhirnya hati kita yang akan sakit. Jadi, kenapa pilih sakit sedangkan kita boleh bahagia ? Kenapa nak rasa sedih kalau ada banyak perkara boleh buat kita gembira ? Betul kan ?
Always keep positive. ^____^
Lagi satu, aku selalu dengar orang-orang itu kata dia dah buat keputusan yang salah, pilihan dia tak tepat. Aku pun pelik Sebenarnya siapa kita nak tentukan setiap pilihan orang itu adalah tepat atau tidak. Yeah, kadang-kadang kita kena juga dengar pendapat orang tapi kalau tuan badan sendiri merasakan pilihan yang dibuat adalah tepat, kenapa kita sebagai orang luar perlu membantah ? Jadi, bila aku dengar orang kata macam tue aku sebenarnya agak sedih sebab dia pernah jadi sebahagian orang yang penting dalam hidup aku dan kerana itu aku nak sangat dia bahagia. Kalau dengan cara ini dia akan lebih bahagia, maka aku pun akan tumpang tersenyum bahagia untuk dia.Tapi, dalam konteks yang aku cakap sekarang nie, hanya sebagai Kawan ye. Tak lebih daripada itu. Fullstop !
Jumpa lagi ! ^________^
2 comments:
Seronok kalo dpt pk +ve..jgn risau Allah sdg m'persiapkn jodoh yg t'baik untk awk...
just keep smiling n think for the future.the past experience is the best ways to teach us to be a better human....salam ukhwah
Post a Comment