Friday 28 December 2012

Rebat RM200 dan Smartphone

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " 

  Assalamualaikum wbt

Masih ingat dengan Bajet 2013? Yeah, ini berita baik untuk awak-awak semua. Pemberian rebat RM200 akan diberikan untuk setiap pembelian telefon mudah alih pintar 3G atau pun dikenali sebagai Smartphone. Yang lebih best lagi pemberian rebat RM200 ini hanyalah untuk smartphone yang berharga RM500 ke bawah sahaja. Diulang yer, RM500 ke bawah. Jangan salah baca pulak. :)


Jadi, awak-awak semua boleh la beli smartphone lepas nie. Sebab, mengikut SKMM setiap pembeli hanya dianggarkan perlu mengeluarkan RM300 sahaja untuk memiliki 3G smartphone. Teruja ke ?   Jap, tunggu dulu. Simpan dulu keterujaan tue. Sebab rebat ini hanyalah untuk belia-belia berusia 21 - 30 tahun sahaja. Yang bawah 21, harap maaf la ye. Mungkin boleh kongsi yang abang dan kakak awak punya. Hehe.. :)

Jom kita tengok senarai-senarai smarphone yang telah dikeluarkan di laman web SKMM :

Alcatel 993D
Alcatel OneTouch Glory 2
Alcatel OneTouch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia Asha 311
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790

p/s : List ini akan diupdate dari semasa ke semasa oleh SKMM. Untuk lebih details, sila pergi ke laman web SKMM.

p/s/s : sedang berangan-angan untuk merembat Samsung Galaxy Y sebagai second phone. Ahaks ;)

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

4 comments:

Unknown said...

kalau cmtu.saya pilih lumia 610 :D

Dia Lavenda said...

lumia pun okei :)

Ammelia said...

alaa, tak lepas 21 lagi
:(

Dia Lavenda said...

@ammelia yusoff
ala.. ciannyer awak. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...