Wednesday, 24 October 2012

Hadiah Sebuah Perpisahan... :)

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini aku dapat jugak keputusan darinya. Berhari-hari aku menunggu jawapan itu. Walaupun jawapan yang diterima itu mengecewakan diri aku, namun aku tak tahu kenapa selepas aku dapat jawapan itu aku rasa aku lebih tenang, lebih damai dan lebih tenteram.

 Walau pada awalnya aku agak beremosi kerana merasakan diri dipermainkan dengan harapan-harapan yang telah diberikannya. Allah.. selepas aku menunaikan solat aku rasa Allah hadirkan aku ketenangan itu di dalam hati aku. Aku tidak menangis seperti sebelumnya bahkan aku mampu untuk tersenyum. Allah.. Allah.. Allah..

 Mungkin kerana aku merasakan keputusan yang dibuatnya adalah tepat dan betul. Ya, hidup ini kadang-kadang memerlukan kita membuat pilihan dan pilihan itu kadangkalanya akan menyakitkan. Namun aku redha. :)

Sedari awal lagi aku merasakan bahawa tindakan aku ini adalah salah. Aku selalu suarakan hasrat untuk mengalah, namun selalu dihalang. Dan hari ini aku merasakan tak salah untuk aku mengalah demi orang lain. Orang yang pernah aku sayang, orang yang pernah Allah hadiahkan untuk aku walau hanya seketika. Aku tidak boleh mementingkan diri dan membiarkan orang lain terluka dengan tindakan aku itu.

Andai cinta itu memerlukan pengorbanan, ini lah pengorbanan dariku iaitu untuk dilukai. Aku redha dengan ketentuanNYA. Dan aku hargai hadiah kekecewaan ini. Bahkan aku gembira kerana dia telah membuat keputusan yang tepat. Andai dia memilih aku, pasti banyak hati-hati yang akan terluka. Kerana itu, biarlah dia melepaskan aku dan aku melepaskan dirinya kerana antara kami itu hanyalah masa silam. Kenangan-kenangan indah dulu hanyalah masa lalu yang tak akan berulang kembali. Biarlah dia membina kehidupan baru tanpa dibayangi diri aku lagi.

Bahkan.. bahkan.. aku gembira kerana Allah pernah hadirkan dia di dalam hidupku walaupun hanya seketika. Dengan kehadirannya, aku belajar untuk lebih menghargai, belajar untuk menerima segala kekurangan dan menerima sesuatu dengan seadanya. Dan hari ini, aku telah menerima pelajaran itu. Aku tidak akan sesekali menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi kerana Allah tahu apa yang terbaik untukku... Mungkin kerana Allah ingin hatiku kembali kuat. Kerana mungkin aku tak sedar hati ku menjadi lemah dan sakit sepanjang bercinta tanpa ikatan yang halal. Allah, Allah, banyaknya khilaf aku.. :(

Namun, aku yakin dengan ALLAH. DIA tidak akan memberikan apa yang aku inginkan tetapi DIA akan memberi apa yang aku perlukan. Dengan kekecewaan ini, aku belajar untuk menjadi lebih matang. Lebih yakin dengan Allah.. Dan hari ini, aku juga percaya, ALLAH akan gantikan kekecewaan yang aku alami ini dengan sesuatu yang lebih baik, sesuatu yang tidak disangka dan sesuatu yang tidak dijangka. Insya Allah, kerana janji Allah itu adalah pasti. Tapi janji manusia itu selalu dimungkiri.. :)

Ya Allah, dengan berakhirnya kisah ini, lenyapkanlah perasaan sayang ini dari hatiku, jauhkanlah perasaan rindu ini dari hatiku, hilangkanlah memori-memori indah dari ingatanku, luputkanlah dia dari ingatanku. Amiinn..

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Friday, 27 July 2012

Entri di pagi Jumaat~

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt.

Hari ini merupakan hari Jumaat pertama di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa khabar iman anda pada hari ini? Semoga kita sama-sama dapat meningkatkannya.

Tak lama lagi kita akan masuk fasa kedua di dalam bulan yang mulia ini iaitu Fasa Pengampunan. Sekadar perkongsian bersama, secara ringkasnya dalam bulan Ramadhan ini kita akan melalui 3 fasa iaitu :-
  • fasa rahmat 
  • fasa keampunan  
  • fasa pembebasan dari api neraka.
Jadi, jom kita sama-sama tingkatkan amalan kita. Pintalah kepada Allah semoga kita akan terus dipanjangkan usia. Mudah-mudahan Insya Allah. 

Sebelum jari berhenti menari di papan keyboard, saya mendoakan semoga urusan kalian pada hari ini baik-baik saja. Paling penting, banyakkan senyuman kerana senyuman mampu buat ramai orang bahagia... :)

     Comey kan? Jangan lupa senyum macam nie... :D

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Saturday, 23 June 2012

Hai !

" Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Assalamualaikum wbt.

Okeh! Ini entri pertama aku. Sebelum ini dah pernah ada blog. Tetapi, disebabkan telah berlakunya sedikit masalah teknikal akibat kecuaian diri aku yang penuh dengan kekurangan ini dan kegatalan tangan aku untuk menekan sesuka hati bahagian design sedangkan diri langsung tak pandai nak mengedit semua benda-benda alah tersebut maka blog aku telah menjadi caca-merba lalu menyebabkan butang delete terpaksa ditekan tanpa kerelaan hati. Pheww. Abaikan ayat tunggang terbalik itu. Menyesal pun ada, sedih pun ada sebab follower dah ramai. Jadi, terpaksa bermula dari zero semula. Tak apa, from zero to hero. Pehh. Noktah! 

Semoga ketemu lagi... :)

● Terima Kasih. Tekan Like atau Komen Kalau Sudi ● ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...