♥ Assalamualaikum wbt ♥
Entry ini agak panjang. Tak kisah la ada yang nak baca atau tak. Tapi, setahu aku blog nie banyak silent reader. Ehem, perasan ! Ops, kenyataan..
Tak kisah la siapa pun yang membacanya, sama ada aku kenal atau pun tak biarlah cerita nie hanya setakat ini sahaja. Apa yang tertulis di sini biarlah habis di sini je. Boleh kan ? Sayang awak-awak semua.. ^_^
Sebenarnya, aku rindu seseorang. Rindu sangat-sangat. Tipu la kalau aku cakap aku tak rindu dia. Tapi, hakikatnya aku tak boleh nak tipu diri aku yang aku sangat rindu dan sayang dia. Mungkin dia dah tak perlukan aku. Apatah lagi ingat aku. Sebab aku tahu dia tetap bahagia walau tanpa aku di sisi. Itu apa yang aku nampak la. Sebaliknya, wallahua'lam..
Mungkin dia marah aku. Mungkin dia rasa aku tinggalkan dia. Tapi mungkin salah aku. Sebab aku memang seorang yang suka pendam perasaan. I mean kalau aku sakit hati atau terasa hati aku lebih suka untuk berdiam diri daripada aku berterus terang macam ' ya ! saya memang terasa hati dengan kamu. Kenapa buat saya macam nie ? Bla bla bla..' Aku bukan jenis yang macam tue. Maybe aku perlu belajar untuk lebih telus dan berterus-terang kan ? Tapi, kadang-kadang berterus-terang tue akan lebih menyakitkan bukan ?
Tapi ianya lebih menyakitkan jika orang yang pernah rapat dengan kita berpura-pura tak kenal dengan kita dan hanya akan berpura-pura bercakap dengan kita bila ada orang lain pada waktu yang sama. Dan ini dinamakan karma. Apa yang pernah aku buat pada 'Sang Mantan' dulu, akhirnya berbalik semula dekat diri aku. Dan dibalas oleh sahabat aku sendiri. Aku redha...Jadi, adilkah untuk aku mempersoalkan jika itu balasan yang aku dapat sekarang ?
Aku selalu berharap agar aku kuat. Dan setiap hari untuk memulakan hari baru, aku paksa diri aku untuk jadi ceria, untuk gembira, ketawa semampu yang mungkin. Sebab aku dah letih untuk menangis. Kerana rasanya sepanjang 3 tahun lebih berada di sini aku lebih banyak menangis daripada ketawa. Kadang-kadang aku rasa bosan sebab aku dah hilang diri aku yang dulu. Sebab perjalanan hidup aku sekarang lebih banyak sedih dari gembira. Mungkin dulu aku dah terlalu banyak gembira. Sampai aku terlupa rasa sedih. Jadi, bila masuk sini Allah uji aku dengan pelbagai ujian. Aku dah lali dengar orang bagi cercaan, kutukan, sindiran untuk aku. Mungkin kita perlu terima dalam hidup nie tak semua orang sukakan kita. Sebab kita sendiri pun ada tak sukakan orang. Jadi, adil lah kan ?

Sebenarnya, aku rasa sedih bila orang cakap aku suka tukar kawan, aku talam dua muka. :( Tapi, orang yang cakap-cakap tue pernah ke nak tanya apa masalah aku, dengar cerita aku. And yes, aku takkan suka-suka bercerita dekat orang. Aku lebih suka berdiam diri. Mungkin kerana itu orang lebih suka menyalahkan aku. Takpa, aku tak kisah.. :) Tapi, kebanyakkan cerita yang aku dengar tentang aku semuanya daripada mulut orang yang dah ditokok tambah. Bukankah itu lebih membawa kepada fitnah ? Hurm...
Kadang-kadang apa yang kita dengar, apa yang kita nampak tue tak semestinya betul dan tepat. Dan selalunya apa yang tak nampak itu la yang sebetulnya. Tapi,mulut orang sampai bila kita boleh tutup ? Even tempayan kalau dah penuh air pun tetap akan melimpah keluar. Terima kasih kepada mereka-mereka yang concern dengan kehidupan aku.
Aku selalu berharap agar kami dapat bersahabat macam dulu lagi. Sebab aku terlalu rindukan saat kami bersama. Aku sangka walaupun dah dua tahun berkawan rapat, kami dah cukup kuat untuk hadapi setiap kemungkinan yang berlaku. Tapi ternyata persahabatan kami belum cukup kuat dan masih goyah. Aku tak pernah salahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah atas setiap apa yang terjadi. Dia pun dah bahagia dengan kehidupannya. Dan aku pun, Alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku sahabat-sahabat yang tetap ada tika aku susah dan senang. Yang boleh kongsi cerita, yang boleh dengar keluh-kesah aku.. Terima kasih Allah ! :D
Walau apa pun yang telah terjadi, aku belajar untuk redha dan turut sama bahagia. Sebab aku tahu aku tidak sehebat sahabat yang dia ada sekarang. Aku terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Mungkin kerana kelemahan dan kekurangan aku itu yang membuatkan kami semakin renggang. Maafkan aku sahabat :(
Insya Allah, aku akan perbaiki diri ini..

Dan seandainya kau terbaca tulisan ini, aku harap kau tahu yang aku masih sayangkan kau walaupun hubungan kita dah tak seakrab dulu. Aku hanya mampu untuk mendoakan kebahagiaan kau.. Aku minta maaf sebab tak mampu nak jadi sahabat yang terbaik untuk kau walaupun aku dah mencuba sebab kau dah ada sahabat yang jauh lebih baik daripada aku... :'-(
Apa pun, kenangan kita bersama masih tetap utuh di memori ini. Mungkin kau dah tak perlukan aku, Mungkin kau dah tak sudi berbicara denganku, Tapi aku tahu seorang sahabat itu takkan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan sahabatnya walau tanpa bersua, walau tanpa bicara, walau tanpa memandang mata... Namun doa itu tetap ada. Insya Allah...
Kata Imam Al-Ghazali, "Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya." :')
P/S :
Buat yang mengenali diri ini, minta maaf kalau ada yang tak selesa dengan entri ini. Tapi ini hanyalah luahan perasan. Tak ada niat nak mengaibkan sesiapa. Hanya perkongsian perasaan seorang manusia biasa yang lemah dan daif. Apa yang tertulis di sini, biarlah berakhir di sini saja...

1 comment:
semoga dia memahami.. =)
Post a Comment